fbpx

Pengantin menangis teresak-esak melihat bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siska menangis teresak-esak selepas menerima jambangan bunga daripada bekas teman lelakinya. – Instagram @kendariinfo

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di  wilayah Sulawesi Tenggara tidak dapat menahan kesedihan dan menangis teresak-esak apabila melihat bekas kekasih hadir ke majlis perkahwinannya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Menurut Wolipop , wanita berkenaan  diarah berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya dan terpaksa memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya.

Berdasarkan sebuah klip video yang tular di media sosial, seorang pemuda  dilihat membawa jambangan bunga sambil naik ke pelamin untuk bertemu pasangan pengantin.

Ketika menyerahkan jambangan bunga kepada pengantin perempuan, wanita itu tidak dapat menahan sebak lalu  menangis, manakala  lelaki berkenaan terus beredar.

Melihatkan keadaan tersebut, seorang individu dipercayai ahli keluarganya dilihat cuba memujuk pengantin perempuan agar kembali bertenang.

Percubaan itu bagaimanapun gagal apabila dia terus menangis meskipun terdapat tetamu lain naik ke pelamin untuk bersalaman.

Sementara itu, Wolipop menghubungi lelaki  yang didakwa merupakan bekas kekasih wanita berkenaan dan bertanyakan mengenai hal tersebut.

Menurut lelaki yang lebih dikenali sebagai Ebil, 19, itu, dia dan bekas teman wanitanya, Siska saling mengenali sejak di bangku sekolah menengah.

Ebil bagaimanapun tidak tahu siapa yang merakam dan memuat naik video  dia berada di majlis perkahwinan tersebut.

“Saya kasihan melihat Siska menangis. Sedih, tapi apa lagi yang boleh dilakukan kerana semuanya sudah ditentukan takdir,” katanya yang sempat berpesan kepada wanita itu agar berbahagia dengan kehidupan baharu.

Tambah Ebil, dia tidak mengetahui alasan ibu bapa Siska menjodohkan wanita itu dengan lelaki lain.

“Mungkin pekerjaannya lebih baik. Pilihan ibu bapa memang baik, namun pilihan sendiri jauh lebih baik.

“Bagi lelaki lain di luar sana yang ditinggalkan seperti saya, anda perlu tabah kerana ada hikmah di sebalik semua yang berlaku,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI