fbpx

Pesawat bawa 36 orang terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba bertindak pantas memadamkan kebakaran pada pesawat tersebut. – BBC/Ali Hassan Ali

MOGADISHU, Somalia – Sebuah pesawat membawa 36 penumpang dan anak kapal terhempas, terbalik dan terbakar di Somalia, namun tiada kecede­raan dilaporkan, demikian menurut akhbar Daily Star semalam.

Kemalangan itu berlaku di sebuah lapangan terbang Mogadishu pada 18 Julai lalu, kata pihak berkuasa.

Video lokasi kejadian me­nunjukkan pesawat itu berada dalam keadaan terbalik selepas terhempas.

Asap hitam dan api menjulang ke udara ketika jentera bomba menghampiri landasan untuk memadamkan kebakaran.

Pesawat Fokker-50 milik syarikat penerbangan domestik Somalia, Jubba Airways itu berlepas dari bandar Baidoa dan terhempas di Mogadishu sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), demikian menurut kenya­taan Jubba Airways.

Semua penumpang terselamat dalam kebakaran dan tiada sesiapa dilaporkan cedera.

“Kami memuji tindakan pantas pasukan bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Adan Adde atas tindakan pantas mereka dalam menyelamatkan nyawa,” kata seorang  jurucakap pihak berkuasa kepada media tempatan.

Setakat ini, punca nahas masih belum jelas tetapi Jubba Airways mengesahkan kejadian tersebut dan akan mengeluarkan lebih banyak maklumat berkaitan nanti.

Lapangan terbang itu terletak di kawasan kubu dikenali sebagai ‘Zon Hijau’ yang menempatkan kedutaan Barat dan unit komando Somalia yang dilatih Amerika Syarikat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI