fbpx

Teman lelaki tulis karangan 7 muka surat untuk berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Velarde pada mulanya menyangka ia adalah surat cinta. - Getty/ TikTok

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa teman lelakinya menulis surat sepanjang tujuh muka surat untuk memutuskan hubungan mereka, lapor akhbar The Sun semalam. 

Karla Velarde memuat naik klip video dalam  akaun TikTok @karlavelarde9583 yang memaparkan kaedah perpisahan teman lelakinya itu.

“Saya teruja pada mulanya kerana memikirkan teman lelaki saya menulis surat cinta. Namun, malangnya ‘surat cinta’ itu ternyata menjadi nota perpisahan,” demikian kepsyen pada video berkenaan.

Akan tetapi, kisah putus cinta Velarde menjadi bertambah teruk.

Dalam video susulan, dia menjelaskan bahawa bekas teman lelakinya cuba memikat sahabatnya sendiri menerusi aplikasi janji temu, Raya.

Lebih memburukkan keadaan, gambar profil akaun lelaki itu ialah gambar yang dirakam Velarde beberapa hari sebelumnya.

Muat naik itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Hati saya sakit untuk awak,” kata seorang netizen.

“Lelaki adalah sangat pengecut, saya minta maaf,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI