fbpx

Villarreal bakal jadi destinasi Edinson Cavani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI berstatus ejen bebas ketika ini apabila kontraknya bersama United berakhir bulan lalu. – AFP

MADRID – Bekas penyerang Manchester United, Edinson Cavani dilaporkan sedang me­ngadakan rundingan bersama kelab La Liga, Villarreal.

Pemain berusia 35 tahun itu mengakhiri kariernya selama dua tahun di Old Trafford bulan lalu selepas kontraknya ber­akhir dan kini sedang mengintai peluang untuk menyertai pasukan baharu.

Cavani memiliki nama besar dalam bola sepak Eropah apabila menyertai United, Paris Saint-Germain dan Napoli sebelum ini, tetapi masih belum mencuba beraksi di Sepanyol.

Bagaimanapun, perkembangan ini akan menyaksikan Cavani buat kali pertamanya bakal mendapat peluang untuk menikmati saingan La Liga bersama Villarreal yang berjaya mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu di bawah kendalian Unai Emery.

Musim lalu menyaksikan Cavani berdepan situasi sukar bersama United apabila hanya beraksi dalam 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan menjaringkan dua gol sahaja ekoran isu kecederaan dan kecergasan.

Ketika saingan Piala Dunia berbaki empat bulan sahaja lagi untuk berlangsung, Cavani memerlukan pasukan yang mampu memberinya minit permainan yang lebih terutama ketika ia mungkin menjadi pentas terakhir di peringkat antarabangsa bersama Uruguay.

Villarreal sebelum ini berjaya mendapatkan khidmat bekas penjaga gol Liverpool, Pepe Reina yang dilepaskan oleh Napoli.

Mereka berpeluang untuk mendapatkan Cavani juga secara percuma sekiranya run­dingan berjalan lancar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI