fbpx

Manchester United lebih baik tanpa Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berjaya mencatat kemenangan ketiga dalam aksi pramusim ketika menewaskan Palace kelmarin. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MELBOURNE – Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes memberi bayangan bahawa ketiadaan Cristiano Ronaldo tidak akan memberi kesan besar buat pasukan itu sebaliknya memudahkan kerja Erik Ten Hag merencana perancangan terbaik buat pasukan.

Fernandes yang juga rakan sepasukan Ronaldo dalam skuad kebangsaan Portugal menyifatkan kualiti yang ada pada tiga bintang United, Anthony Martial, Marcus Rashford dan Jadon Sancho sudah cukup untuk memudahkan kerja Ten Hag.

“Tiga pemain di depan (Sancho, Rashford dan Martial) cukup agresif dalam memberikan tekanan kepada pasukan lawan. Kami memiliki kebebasan, mencipta banyak ruang di bahagian tengah, malah kami juga cukup baik ketika menguasai permai­nan.

“Keputusan juga membantu kami untuk melakukan penambahbaikkan. Namun, kami masih ada masa untuk perbaiki corak permainan dan ketika ini kami sudah bersedia untuk memulakan musim baharu,” katanya.

Ketika ini, Martial terus dengan aksi luar biasa apabila mencipta nama selaku penja­ring dalam kesemua aksi persahabatan diharungi United termasuk ketika menewaskan Crystal Palace 3-1, kelmarin.

Selepas menghabiskan separuh musim lalu sebagai pemain pinjaman di Sevilla, Martial pantas memanfaatkan peluang yang diberikan oleh Ten Hag terutamanya dengan ketiadaan Ro­naldo.

Sementara itu, Ten Hag akui sudah dapat melihat peningkatan dalam pasukan, namun belum berpuas hati dan akan kekal bermotivasi untuk melakukan tambah baik sebelum memulakan ujian sebenar di Liga Perdana Inggeris.

“Kami gembira kerana sudah dapat melihat peningkatan namun masih ada kerja yang perlu dilakukan. Inilah keperluan yang perlu dilakukan dan kami akan terus bekerja keras,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI