fbpx

Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai Presiden baharu Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ranil Wickremesinghe sebelum ini dilantik sebagai pemangku Presiden ketika Rajapaksa melarikan diri ke luar negara. – AFP

COLOMBO – Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu bagi menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke luar negara dan meletakkan jawatan minggu lalu.

Keputusan rasmi pemilihan tersebut menunjukkan Wickremesinghe, yang menjadi Perdana Menteri sebanyak enam kali memperoleh 134 undian dalam pertarungan tiga penjuru.

Pesaingnya, Dullas Alahapperuma, mendapat 82 undian, manakala pemimpin parti sayap kiri, Anura Dissanayake menerima hanya tiga undian, sekali gus memberi kemenangan majoriti kepada Wickremesinghe.

“Perpecahan kita kini telah berakhir,” kata Wickremesinghe dalam ucapan ringkas di Parlimen.

Beliau dalam masa sama turut mengajak Alahapperuma untuk menyertainya dan bekerjasama bagi memulihkan Sri Lanka daripada krisis terburuk yang dialami itu.

Wickremesinghe turut berharap untuk mengangkat sumpah pada Rabu minggu depan dalam sebuah majlis ringkas di bangunan Parlimen yang dikawal ketat.

Menerusi pelantikan pemimpin berusia 73 tahun itu, Kabinet semasa terbubar secara automatik, selain beliau akan memilih seorang Perdana Menteri bagi membentuk barisan Kabinet baharu.

Speaker Parlimen, Mahinda Abeywardana berkata, seluruh dunia kini tertumpu kepada Sri Lanka ketika ia memilih seorang pemimpin baharu bagi berkhidmat dalam penggal yang akan berakhir pada November 2024.

“Ini merupakan sesi yang bersejarah, bukan sahaja buat Parlimen, bahkan seluruh negara.

“Seluruh dunia tertumpu kepada kita sekarang ketika kita memilih Presiden baharu,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI