fbpx

Tiga jam pindah Awang Ketengga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Ketengga diberi makan batang pisang sebelum dipindahkan dari Kampung Seri Ketengga, Baling pada semalam.

BALING – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah mengambil masa tiga jam memindahkan seekor gajah jantan liar dari Kampung Seri Ketengga, Siong di sini semalam.

Gajah liar yang diberi nama Awang Ketengga itu berjaya ditangkap Perhilitan pada Sabtu lalu selepas dilihat berkeliaran di kawasan kebun di situ sejak dua minggu lepas.

Awang Ketengga dalam proses pemindahan itu diumpan dengan dua ekor gajah denak iaitu Rambai dan Sanun dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang untuk dibawa keluar dari kawasan tersebut dengan menggunakan lori.

Haiwan itu kemudian dibawa ke Gerik sebagai penempatan sementara sebelum dipindahkan ke
Pusat Konservasi Gajah di Tasik Kenyir, Terengganu.

Pengarah Perhilitan Negeri, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, kehadiran Awang Ketengga berhampiran kawasan kampung dan kebun menyebabkan penduduk takut untuk keluar mencari rezeki.

“Anggota Perhilitan negeri serta Unit Tangkapan Gajah (UTG) menjalankan operasi mengesan dan menangkap gajah liar berusia lingkungan 10 hingga 12 tahun itu dan berjaya ditangkap pada Sabtu lalu.

“Gajah tersebut ditemui dalam keadaan sihat dan dipercayai tersesat daripada kawanan gajah lain,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, gajah berkenaan mempunyai tapak kaki sebesar 25.4 sentimeter (cm) dan gadingnya sepanjang kira-kira 17 cm. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI