PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia sebentar tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebooknya berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 0.3 darjah selatan dan 122.9 darjah timur.
“Kejadian gempa bumi sederhana itu berlaku pada pukul 1.31 tengah hari hari ini dengan jarak 94 kilometer selatan dari Gorontalo, Indonesia.
“Gempa bumi terbabit dilaporkan berlaku dengan kedalaman 67 kilometer dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE