fbpx

Prof. UMS mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Charles (tengah) ketika keluar dari Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu tadi.

PUTRAJAYA – Seorang profesor di Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah hari ini atas tuduhan membuat tuntutan perbelanjaan palsu bernilai RM66,140 bagi tempoh 2014 hingga 2017.

Tertuduh dikenali Prof. Dr. Charles Santhanaraju, 55, didakwa mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja penyelidikan sedangkan perbelanjaan itu tidak dilakukan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dikenakan 21 pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Hakim Abu Bakar Manat kemudian menetapkan tertuduh dikenakan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pada masa sama, Abu Bakar turut memerintahkan tertuduh supaya melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nartiah F. Mirchelle Sambatan.

Sebelum ini, tertuduh ditahan SPRM pagi semalam selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Sumber memaklumkan, profesor terbabit dipercayai mengemukakan tuntutan palsu pada tahun 2014 hingga 2017 ketika bertugas sebagai pengarah institut di universiti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI