fbpx

Perodua Alza terima lebih 30,000 tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Alza baharu antara model yang mendapat permintaan tinggi, dengan merekodkan 39,000 unit tempahan setakat ini.

KUALA LUMPUR- Perodua telah menerima lebih 30,000 tempahan bagi model Alza sejak ia dibuka pada 23 Jun lalu.

Menurut Presiden Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, jumlah tempahan itu adalah yang tertinggi dalam sejarah jenama itu.

Katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, antara faktor model itu mendapat permintaan tinggi adalah disebabkan tarikan keseluruhan nilai pakej yang ditawarkan.

“Hampir 4,000 pelanggan yang membuat tempahan merupakan pemilik Perodua Alza generasi terdahulu.

Ruang dalaman kemas berserta nilai pakej keseluruhan yang ditawarkan menjadikan Alza terus popular.

“Bermula hari ini, pelanggan yang sudah menempah akan menerima Perodua Alza mereka dari 195 cawangan kami di seluruh negara,” katanya.

Perodua Alza dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Perodua menawarkan tiga varian untuk model baharu itu pada harga bermula RM62,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN