fbpx

Siti Nuramira tidak didakwa di Mahkamah Syariah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nuramira ketika ditahan Jawi semalam.

KUALA LUMPUR – Wanita kontroversi, Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam dibebaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan tidak akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pagi ini.

Difahamkan, pendakwaan ke atas Siti Nuramira di Mahkamah Syariah tidak diteruskan kerana kes membabitkan tuduhan sama dan peruntukan hukuman yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini adalah lebih berat jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah, Siti Nuramira difahamkam didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Terdahulu, Paralegal kepada peguam R. Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, Hannann Syoffeeya  Zainal Syahrir berkata, beliau menerima panggilan daripada pegawai Jawi pukul 10 malam semalam yang memaklumkan wanita itu dibebaskan tanpa jaminan atau bon dengan serta merta.

Semalam Siti Nuramira dibawa ke rumah ahli keluarganya di Kelana Jaya, Selangor tetapi ahli keluarga wanita itu keberatan untuk menerima dan menempatkannya.

“Siti Nuramira kemudian dihantar ke sebuah lokasi di ibu kota iaitu tempat di mana saya tinggal. Saya kemudian membawanya ke dalam kereta saya.

“Dia meminta bertemu Sivaraj dengan segera sebelum saya menghantarnya pulang ke rumah di Petaling Jaya,” kata peguam itu.

Siti Nuramira ditahan penguatkuasa Jawi selepas dibebaskan dengan jaminan berkaitan pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni di kalangan sesama Islam.

Sementara di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Alexander Navin turut mengaku tidak bersalah membuat dan memulakan hantaran video jelik di Instagram serta YouTube, bulan lalu.

Terdahulu satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya beragama Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran, bertindak menanggalkan baju kurung dan tudungnya sehingga mengundang pelbagai riaksi netizen.

Susulan itu, wanita tersebut ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 9 Julai lalu manakala Alexander Navin pula diberkas pada 10 Julai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI