fbpx

Jelajah Kehakiman dilancarkan bagi tingkat akses, literasi awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Maimun mengetuk tukul sebagai gimik pelancaran Jelajah Kehakiman di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Program Jelajah Kehakiman bakal diadakan di seluruh negara sebagai usaha bagi meningkatkan akses keadilan dan literasi undang-undang dalam kalangan orang awam.

Inisiatif itu julung kalinya diperkenalkan oleh badan kehakiman Malaysia menerusi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan selaku urus setia program jerayawara berkenaan.

“Ia tanggungjawab sosial korporat yang akan disertai sembilan agensi kerajaan dan swasta selain pemegang taruh badan kehakiman,” kata pejabat tersebut menerusi kenyataan.

Pelancaran program tersebut dirasmikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan disaksikan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Azahar Mohamed di sini, hari ini.

Untuk tahun ini ujar kenyataan itu, siri jerayawara tersebut bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 4 dan 5 Ogos kelak sebelum Kuching, Sarawak pula dari 24 dan 25 September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI