fbpx

Datuk Sieh Kok Chi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chi meninggal dunia.

BEKAS Setiausaha Agung Majlis ­Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi meninggal dunia, Sabtu lalu pada usia 83 tahun.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata perkhabaran ini menyaksikan Malaysia kehilangan satu lagi permata dalam arena sukan dan mendiang memiliki bakti yang cukup besar sepanjang berkhidmat bersama MOM.

“Kami berdukacita dengan berita pemergian bekas Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi. Datuk Sieh Kok Chi memainkan peranan yang sangat penting ke arah pembangunan sukan dan sumbangan profesionalnya.

“Mendiang cukup dikenali ramai sebagai seorang individu yang membawa kemakmuran dalam MOM. Pemergian Datuk Sieh Kok Chi sememangnya satu kehilangan besar dan semangatnya akan terus memacu ispirasi kami,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sepanjang bergiat aktif dalam MOM, Kok Chi menawarkan khidmatnya secara sukarela sejak 1974 sebelum dipilih untuk menjawat tugas sebagai Setiausaha Kehormat pada 1992.

Untuk rekod, Kok Chi menjawat tugas sbeagai Setiausaha Kehormat 1992 hingga 2013, diikuti Setiausaha Agung (2013-2015) dan penolong Setiausaha Agung MOM (2015-2018). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI