fbpx

Kosmo! terus hargai pembaca setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Kongsi Berkat Bubur Lambuk antara program CSR dijalankan bagi menghargai sokongan pembaca Kosmo!.

KESINAMBUNGAN hubungan akrab yang terjalin antara pembaca setia Kosmo! dengan akhbar kompak ini sejak diterbitkan buat pertama kalinya pada 30 Ogos 2004 diteruskan dengan pelbagai aktiviti sebagai tanda penghargaan atas sokongan diberikan.

Usaha menghargai soko­ngan pembaca itu diterjemahkan antaranya melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan bulan Ramadan lalu di beberapa lokasi seluruh negara.

Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Media Mulia Sdn. Bhd. dan Era Foods MY (Beras Era) dan makanan sejuk beku ter­kenal, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) merupakan antara aktiviti CSR dijalankan akhbar ini bagi menghargai pembaca.

Selain itu, Kosmo! turut menghargai pembaca menerusi segmen sukan dengan penganjuran Liga Fantasi Kosmo! atau Kosmo! FPL (Fantasy Premier League) secara percuma.

Pertandingan itu menawarkan hadiah utama tiket perlawanan Liga Perdana Inggeris di London termasuk tiket penerbangan, penginapan, wang saku selain Sony PlayStation 5, smart TV berjenama dan wang tunai.

Peraduan tersebut berjaya menarik lebih 7,000 penyertaan sekali gus menunjukkan Kosmo! sentiasa mendekatkan diri de­ngan masyarakat terutamanya golongan beliau yang merupakan generasi masa depan negara.

MESIN layan diri yang diperkenalkan Media Mulia Sdn. Bhd. bagi memudahkan pembaca mendapatkan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia.

Selain itu, Kosmo!, turut mengadakan kerjasama dengan sebuah pasukan Pink Racing yang bersaing dalam Cub Prix Malaysia dalam usaha melahirkan bakat-bakat baharu dalam perlumbaan motosikal.

Tidak ketinggalan akhbar ini terus membawakan laporan sai­ngan edisi kedua Netball Super League (NSL) 2022 yang menyaksikan Kosmo! kekal sebagai rakan media rasmi kejohanan tersebut.

Ruangan Kosmo! Prihatin yang diterbitkan dilihat memberi peluang kepada insan tidak bernasib baik berkongsi penderitaan dihadapi sekali seterusnya membuka peluang kepada orang ramai menghulurkan bantuan.

Penderitaan adik Nur Rania Aqira Rapihusin berusia sembilan tahun merupakan antara laporan dikongsikan Kos­mo! Prihatin apabila kanak-kanak itu memerlukan kira-kira RM250,000 bagi rawatan tulang belakang bengkok.

Selain itu, Kosmo! Prihatin turut membawakan kisah pende­ritaan lain seperti ‘Enam beradik jadi piatu akibat Covid-19’ selain dugaan hidup dihadapi sebuah keluarga melalui berita ‘Isteri sara keluarga guna upah RM18 sehari’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI