PETALING JAYA – Ibu bapa yang berdepan dengan masalah anak yang telah berusia enam dan tujuh tahun tetapi masih lagi gagal membaca seringkali berasa bimbang dan malu kepada masyarakat.
Antara alternatif terbaik mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan mencari pusat pembelajaran persendirian.
Bagi syarikat bumiputera, Minda Optima Sdn. Bhd. (Minda Optima), masalah tersebut dapat diatasi melalui dua pendekatannya bagi membolehkan kanak-kanak kembali ceria ke sekolah atau terus bersemangat untuk membaca.
Pengasasnya Zalma@ Rashida Mamat, 52, berkata,terdapat dua bidang yang difokuskannya iaitu kumpulan kanak-kanak yang belum masuk ke tadika atau sekolah rendah tetapi ibu bapa mahu mereka boleh membaca lebih awal.
“Ataupuan kedua adalah fokus kepada murid yang sudah bersekolah iaitu tahun satu hingga enam tapi tetap gagal membaca hingga dimasukkan ke kelas pemulihan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Zalma yang merupakan bekas guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dari Institut Bahasa KL itu berkata, pembelajaran secara online yang dilaksanakan selama ini telah membantu lebih daripada 5,000 ibu bapa untuk melihat anak mereka boleh membaca.
“Mereka telah mendaftarkan anak-anak mereka yang berumur empat hingga 12 tahun ke kelas percubaan percuma anjuran syarikat.
“Ramai pelanggan yang datang ke sini , rata-ratanya memiliki anak berusia enam tahun yang bakal mendaftar ke sekolah rendah tetapi masih lagi gagal membaca dengan baik.
“Ini berpunca daripada masalah anak yg kurang fokus dan juga kegagalan guru menangani masalah gaya pembelajaran anak anak yg berbeza, menyebabkan ramai yg tercicir ,” katanya.
Selain itu, mengulas mengenai kelas percubaan secara percuma yang dianjurkan sebelum ini, Zalma menjelaskan, program berkenaan telah berjaya memberi kegembiraan kepada ibu bapa apabila anak mereka dapat menguasai teknik bacaan dalam masa sesingkat 1 jam setengah.
“Seterusnya kita alu-alukan ibu bapa untuk menyertai kelas berbayar kami dengan tiga pakej dan pilihan jangka masa.
“Mereka boleh pilih untuk daftarkan anak mengikut target penguasaan membaca yang diingini ibu bapa iaitu lancar membaca dalam masa satu bulan, tiga bulan ataupun enam bulan.
“Pelan selama tiga bulan menjadi pilihan ibu bapa dan harga yang ditawarkan adalah antara RM140 hingga RM310 sebulan,” ujarnya.
Tambah beliau, antara keistimewaan pusat pembelajarannya adalah kerana pendekatan linguistik yang diamalkan.
“Tiada syarat dikenakan untuk memasuki program yang ditawarkan dan kami juga tidak memberi tekanan untuk kanak-kanak untuk menghafal huruf atau abjad.
“Sebaliknya kami mengajar mereka mereka menggunakan teknik serta kaedah penggunaan posisi mulut dan kedudukan alat artikulasi yg betul bagi menghasilkan sesuatu bunyi,” katanya. -KOSMO! ONLINE