fbpx

Buktikan semangat jitu Harimau Malaya – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap kontinjen Malaysia yang akan bersaing pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 mampu meraih lebih daripada tujuh pingat emas.

Ismail Sabri berkata, beliau menaruh keyakinan sasaran pi­ngat itu dapat dicapai lebih berbanding pingat yang diraih atlet negara pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Austrlia sebelum ini.

“Saya menaruh keyakinan amat tinggi bahawa sasaran pingat negara boleh dicapai menandingi bilangan tujuh emas yang pernah dimenangi oleh jaguh-jaguh kita semasa Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia.

“Justeru, kontinjen negara ke Birmingham harus membuktikan keupayaan dan berjuang habis-habisan bagi menterjemahkan kejayaan yang bakal menjadi kebanggaan diri dan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur semalam.

Ismail berkata, kalah atau menang adalah adat pertandingan tetapi harus buktikan kepada dunia semangat perjuangan anak-anak Malaysia mahupun semangat Harimau Malaya yang sebenar-benarnya.

“Pepatah Melayu mengatakan, genggam bara api, biar sampai jadi arang, bagi menunjukkan bahawa Keluarga Malaysia perlu memiliki keazaman untuk meraih kejayaan dalam apa juga yang dilakukan.

“Saya yakin dan percaya, atlet-atlet akan memberikan yang terbaik dan memperlihatkan aksi maksimum apabila menyarungi jersi Harimau Malaya di pentas Sukan Komanwel Birmingham 2022 nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN