fbpx

Siasatan bukan untuk kenakan Syed Saddiq – pegawai penyiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika hadir bagi sambungan bicara kes pecah amanah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini. /FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan bertujuan mengenakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebaliknya untuk menyiasat sumber wang RM250,000 yang dilaporkan hilang di kediaman beliau.

Penguasa Kanan SPRM, Muhamad Khairi Muhamad Rodi, 33, turut menafikan SPRM menyalahguna kuasa untuk mengenakan Ahli Parlimen Muar itu.

Ujarnya, beliau menerima arahan daripada seorang pegawai atasan dan seterusnya melakukan siasatan di rumah Ahli Parlimen Muar itu pada 31 Mac 2020.

Saksi pendakwaan ke-22 itu memberi keterangan pada perbicaraan Syed Saddiq, 29, terhadap pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik.

Muhammad Khairi yang juga pegawai penyiasat kes kehilangan wang RM250,000 selanjutnya berkata, sebanyak tiga kertas siasatan dibuka dalam kes berkenaan termasuk dibawah Seksyen 27 Akta SPRM berkaitan laporan palsu.

Menjawab soalan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq, Muhammad Khairi berkata, ketika itu siasatan dilakukan tanpa mengikut seksyen tertentu kerana aduan yang diterima secara umum.

“Jadi tiada siasatan terpilih atau siasatan untuk mengenakan orang di dalam kes ini. Saya ke rumah YB Syed Saddiq adalah untuk mendapatkan dokumen atau maklumat yang boleh membantu siasatan saya ketika itu,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI