fbpx

Melly Goeslaw potong usus untuk kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELLY GOESLAW

PENYANYI yang juga komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw memilih jalan pintas iaitu prosedur pembedahan memotong usus atau bariatrik demi mengurangkan berat badannya.

Pengakuan tersebut dikongsikan sendiri Melly, 48, menerusi hantaran dalam Instagramnya, baru-baru ini.

Ujar pelantun lagu Jika itu, dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan memotong usus kerana faktor kesihatan dan berat badannya sudah mencapai tahap obesiti.

“Saya ingin berkongsi salah satu keputusan besar yang dibuat dalam hidup. Keputusan ini dilakukan untuk memberi kesenangan dalam hidup saya di kemudian hari.

“Saya akan kongsikan pengalaman pembedahan bariatrik dan keputusan untuk berat badan ideal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI