SELEPAS putus cinta bersama pengacara Billy Syahputra, sehingga kini pelakon jelita Amanda Manopo mengakui masih belum menemui pengganti untuk mengisi kekosongan dalam hatinya.
Bahkan, pelakon berusia 22 tahun itu juga hairan kerana tidak ada seorang pun lelaki yang mahu mendekatinya.
“Saya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Sejujurnya, tidak ada seorang lelaki pun yang mahu mendekati saya.
“Saya juga hairan. Adakah mereka semua takut dengan saya?” soalnya.
Pelakon sinetron Ikatan Cinta itu mengesyaki, statusnya sebagai pelakon sinetron paling laris di Indonesia menjadi punca lelaki ‘takut’ mengenalinya.
“Mungkin mereka takut untuk mendekati saya kerana ‘status’ saya sebagai pelakon. Mereka anggap saya mungkin cerewet dan memilih,” katanya.
Sebelum ini, Amanda pernah dikaitkan intim dengan beberapa selebriti lelaki, antaraya Mischa Chandrawinata dan Jefri Nichol.