fbpx

Peminat tak suka gurauan cinta terhadap Shownu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHOWNU

SEWAKTU menjalani latihan ketenteraan, sudah tentu segala perkembangan Shownu tidak diketahui peminat, namun ada sesuatu yang membuatkan keadaan menjadi panas.

Semuanya gara-gara tindakan seorang jurulatih senaman pilates yang memuat naik perkongsian berupa gambar swafoto ‘mesra’ bersama Shownu.

Dalam foto berkenaan, Shownu dilihat bergambar bersama jurulatih wanita itu di hadapan sebuah cermin besar di sebuah gimnasium dengan tangannya diletakkan di atas bahu jurulatih terbabit.

Apa yang membuatkan hati peminat menggelegak apabila wanita itu menulis kapsyen tentang gurauan ‘lovestagram’ tentang Shownu.

“Tangkap gambar seperti #lovestagram bersama seorang selebriti. Bukan sebarang selebriti tetapi artis idola. Bukan sebarang artis idola tetapi Shownu,” tulisnya.

Selepas hantaran tersebut menuai perhatian dan Instagramnya diserang peminat, wanita itu bertindak memadam foto itu dan meminta maaf.

Jelasnya, dia merupakan jurulatih pilates kepada ibu Shownu dan mereka bergambar bersama. Disebabkan ini kali pertama berjumpa selebriti secara dekat, dia berasa teruja dan memuat naik gambar itu dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI