fbpx

Bekalan ubat dijangka selesai lagi dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Masalah bekalan ubat berkurangan di negara ini dijangka akan dapat diselesaikan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, kementerian menyedari mengenai kekurangan stok tersebut dan berusaha menyelesaikannya segera untuk keperluan rakyat.

“Dulu lambat sebab bahan mentah lambat sampai dan mungkin disebabkan permintaan mendadak tinggi atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain itu, berkemungkinan disebabkan peperangan Ukraine (dan Rusia) dan bukan sahaja melibatkan aspek daging dan telur sebaliknya ubat turut terkesan. Kita harap dalam benda itu (bekalan ubat) selesai dalam seminggu dua ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Saintifik Institut Kesihatan Negara (IKN) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) akan melepaskan stok penimbal ubat-ubatan kepada klinik dan hospital swasta untuk menangani isu kekurangan bekalan di fasiliti kesihatan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan beberapa jenis ubat-ubatan mengalami kekurangan di pasaran termasuk di klinik swasta meliputi yang didakwa adalah ubat batuk, demam dan antibiotik yang disifatkan penting untuk rawatan harian pesakit. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI