fbpx

PGA rampas dua lori bawa beg tangan, kasut tiruan bernilai RM3.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beg tangan pelbagai jenama dan kasut tiruan dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang dirampas di dalam dua buah lori di Bukit Bunga, Tanah Merah kelmarin. FOTO IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua buah lori yang membawa muatan beg tangan pelbagai jenama dan kasut tiruan yang dianggarkan bernilai RM3.3 juta di Bukit Bunga di sini kelmarin.

Tangkapan itu dijalankan selepas anggota PGA menjalankan rondaan di sekitar Rantau Panjang dan Bukit Bunga di sini kira-kira pukul 6 petang.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa rondaan di Bukit Bunga, anggota bertugas melihat dua buah lori berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota PGA mengekori dua lori tersebut sebelum menahan kenderaan yang dipandu dua lelaki masing-masing berusia 30 dan 31 tahun di bahu jalan.

“Pemeriksaan di bahagian belakang lori itu telah menjumpai beberapa guni berwarna putih berisi beg tangan wanita pelbagai jenama dan kasut tiruan yang dianggarkan bernilai RM3.3 juta.

“Siasatan mendapati, kesemua barangan tersebut dipercayai diseludup masuk dari negara jiran melalui laluan jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, kesemua barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI