fbpx

Pembantu tekong Indonesia dijel 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HERMANDA dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini selepas mengaku salah menyeludup 18 PATI Indonesia pada 20 Januari lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu tekong dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, di sini semalam kerana menyeludup masuk 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini pada 20 Januari lalu.

Tertuduh merupakan seorang warganegara Indonesia, Hermanda, 27, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hayati Mat.

Noor Hayati memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh dibuat bermula tarikh tangkapan iaitu pada 20 Januari 2022.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki yang bertindak selaku pembantu tekong itu didakwa menyeludup 18 orang PATI yang juga warga Indonesia di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, 20 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Azlan Bohari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh yang juga orang kurang upaya (OKU) itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI