fbpx

Penggangur didakwa empat pertuduhan termasuk membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (depan) dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa atas empat pertuduhan termasuk membunuh di Mahkaman Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh di sini hari ini atas tiga pertuduhan termasuk membunuh seorang wanita di Felda Mengkuang Bera pada 5 Julai lalu.

Bagi tuduhan membunuh K. Yogeswaran,33, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hajar Ali. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didapati melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Siti Zuliana Said,52, di rumah nombor 21 Felda Mengkuang di Bera kira-kira pukul 6.30 pagi pada 5 Julai 2022.

Pertuduhah dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa mencuri sebuah kereta jenis Honda City berwarna perak milik suami mangsa, Mohd Haris Ibrahim, 58, antara pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi pada tarikh yang sama.

Manakala pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis mmethamphetamine di lokap Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera kira-kira pukul 12 tengah hari pada 8 Julai lalu.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga ini tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Bagi pertuduhan terakhir, Yogeswaran didakwa melakukan rompakan wang tunai berjumlah RM9,300 milik Mohd Haris dan menyebabkan kecederaan di bahagian leher mangsa.

Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norakmar Mohd Sani.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI