fbpx

Ketua Menteri Sabah baharu masih jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di luar pintu masuk Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu pagi ini.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Siapa Ketua Menteri Sabah baharu masih menjadi tanda tanya setakat hari ini.

Tinjauan di Istana Negeri setakat pukul 9 pagi ini mendapati tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan yang membawa rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pintu utama istana juga dikawal ketat pasukan keselamatan sejak pukul 8 malam kelmarin.

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Juhar Mahiruddin semalam meminta sedikit waktu bagi membuat pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum itu dilihat tiba di pintu utama Istana Negeri kira-kira pukul 2.27 petang.

Selang beberapa minit kemudian, kenderaan yang membawa Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor turut kelihatan memasuki perkarangan istana sekitar pukul 2.30 petang.

Turut kelihatan tiba Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim pada pukul 2.47 petang dan diikuti Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pada pukul 3 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI