PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Cawangan Klang kini sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan yang dilakukan pihak mereka.
SPRM menerusi satu kenyataan berkata, individu yang dikesan dikenali sebagai L. Mohan Raj berusia 26 tahun dengan alamat terakhir di No H-9 Rumah Kos Rendah Peringkat 3 dan 4, 27000 Jerantut, Pahang.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta untuk menyalurkannya kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
“Maklumat mengenai lelaki ini boleh disalurkan kepada pihak SPRM dengan menghubungi pegawai Penyiasat Ahmad Muaz Safuan Mohd. Ali di talian 011 16133661 atau emel kepada [email protected],” ujar kenyataan itu hari ini. – KOSMO! ONLINE