fbpx

Lelaki hina Islam di media sosial dicekup di Machang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad dicekup di sebuah rumah di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong dekat Machang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui satu klip video yang dibuat menerusi satu hantaran di akaun Facebook hari ini.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu dicekup kira-kira pukul 11.30 pagi tadi di sebuah rumah di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong selepas video yang berdurasi selama empat minit 14 saat tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan yang menghina agama Islam Nabi Muhammad.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek yang tidak bekerja itu mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Sehubungan itu, polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan. Selain itu, suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI