fbpx

Impian Robert Lewandowski akhirnya tertunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI dilaporkan bakal menyertai skuad Barcelona yang kini menghadapi siri perlawanan pramusim di Miami. - TWITTER BARCELONA

MUNICH – Bintang baharu Barcelona, Robert Lewandowski melaungkan keyakinan akan menutup mulut para pengkritik yang telah mewujudkan ‘kekecohan’ sebelum dia melengkapkan perpindahannya daripada Bayern Munich sebelum ini.

Lewandowski, 33, sebelum ini telah meluahkan keinginannya untuk berkelana mencari angin baharu setahun sebelum kontraknya berakhir bagi mengelakkan dia berhijrah secara percuma.

Pendedahannya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan para peminat di Jerman, terutama Bayern sehingga mendakwa kapten Poland tersebut sudah melepasi zaman kemuncaknya.

“Kedua-dua pihak (Barcelona dan Bayern) ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Mungkin ia terpaksa dilakukan untuk membolehkan perpindahan ini menjadi kenyataan.

“Saya fikir kedua-dua kelab gembira, Bayern dapat duit yang banyak dan saya juga boleh bermain bersama Barcelona. Ia satu perjalanan yang panjang, tetapi ia sudah berakhir.

“Saya mahu merasai pengalaman bermain di luar Bundesliga. Ia sudah lama berada dalam fikiran saya dan jika bukan sekarang, peluang itu akan tertutup selama-lamanya,” jelas Lewandowski.

Lewandowski sanggup menerima potongan gaji daripada £200,000 (RM1.05 juta) seminggu di Bayern kepada £150,000 (RM793,950) seminggu bersama Barcelona dengan kontrak selama empat tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN