fbpx

Zaqhwan Raja MSBK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAQHWAN (depan) tampil cemerlang dalam kelas MSBK1000 apabila meraih kemenangan hatrik pada pusingan pertama MSBK 2020 di SIC, Sepang semalam.

PELUMBA berpengalaman negara, Mohd. Zaqhwan Zaidi seolah-olah melepas geram di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila meraih kemenangan hatrik pada pusingan pertama Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2020 semalam.

Meskipun hampir sembilan bulan tidak beraksi akibat pandemik Covid-19, namun tidak menghalang Zaqhwan cemerlang dalam kelas MSBK1000.

Pelumba Boon Siew Honda Racing Team itu dinobatkan sebagai Raja MSBK1000 apabila mempamerkan aksi cemerlang selepas memenangi ketiga-tiga perlumbaan dengan 75 mata.

“Walaupun tiada Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) tahun ini, saya beralih tumpuan pada MSBK untuk mencari kembali rentak dan meningkatkan prestasi ke tahap lebih baik.

“Saya menumpukan perhatian 100 peratus sepanjang perlumbaan ini. Terima kasih kepada Boon Siew Honda Racing Team kerana banyak membantu saya,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Pelumba Horizon Racing Team, Farid Badrul Hisham dan Ahmad Daniel Haiqal (MME Racing Team Malaysia) masing-masing menunjukkan kebangkitan, namun gagal menyekat Zaqhwan. Farid di tempat kedua (60 mata) manakala Daniel di kedudukan ketiga (48 mata).

Bagi MSBK600, Ibrahim Norrodin dari SIC Racing Team menjadi juara keseluruhan selepas meraih tiga kemenangan pada perlumbaan tersebut.

Naib juara keseluruhan MSBK600, Azroy Hakeem dari Boon Siew Honda Racing Team dengan 60 mata manakala Helmi Azman dari Hi-Rev SCK Honda Racing Team di kedudukan ketiga dengan 48 mata.

Idlan Hakimi daripada Boon Siew Honda Racing Team pula dinobatkan juara keseluruhan bagi MSBK250 dengan 65 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI