AKTRES senior Malaika Arora sememangnya cukup dikenali kerana bukan sahaja memiliki rupa paras jelita, bahkan bentuk tubuh yang seksi.
Menurut laporan Pinkvilla, pelakon berusia 48 tahun itu mengakui ‘ketagih’ untuk melakukan aktiviti bersenam pada setiap hari untuk kekal sihat dan cergas.
“Saya akan melakukan aktiviti seperti yoga, bersenam di gimnasium dan melakukan aktiviti lasak untuk kekal menarik.
“Selain mengamalkan aktiviti bersenam, saya juga mengawal pemakanan memandangkan usia saya tidak lagi muda,” katanya.
Dalam diet harian, pelakon filem Om Shanti Om itu hanya mengamalkan pemakanan sayur-sayuran dan bijirin organik untuk membantunya mengawal berat badan.
Bahkan, Malaika juga akan sentiasa membawa kekacang di dalam beg tangannya sebagai makanan ringan untuk dimakan ketika lapar.