fbpx

Mualaf terlantar menderita barah hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD Kee yang terlantar akibat barah hidung ketika menerima kunjungan daripada Mohd. Fawzy di rumahnya pekan Benta, Lipis baru-baru ini.

LIPIS – Seorang lelaki mualaf menempuh dugaan berat apabila menghidap penyakit barah hidung, sekali gus tidak berupaya untuk bekerja bagi menyara keluarganya.

Muhamad Kee Abdullah, 59, menderita penyakit itu sejak 2020 sehingga menyebabkan dia terbaring dan hanya bergantung kepada susu khas setiap hari kerana tidak boleh menjamah makanan.

Muhamad Kee atau nama asalnya, Kee Chow Hoe kini tinggal di pekan Benta di sini bersama isteri, Sopiah Yusoff, 48, serta anak lelaki, Mohamad Loqman Hakim, 20, yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti hariannya.

Disebabkan penyakitnya itu, Muhamad Kee juga perlu ber­ulang-alik mendapatkan rawatan di hospital.

Situasi itu menyebabkan isterinya tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa menguruskan kehidupan harian Muhamad Kee sepenuh masa.

Ketua Saudara Baharu Lipis, Mohd. Fawzy Foong Abdullah berkata, rakannya yang memeluk Islam pada 20 Mac 2001 itu dikesan menghidap penyakit barah hidung sejak tahun 2020.

“Dia mendapatkan rawatan susulan di hospital, namun kea­daannya masih tidak berubah menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu bergerak apatah lagi untuk keluar bekerja.

“Sebelum ini, Muhamad Kee bekerja buruh di kebun. Kini, dia dijaga sepenuh masa oleh iste­rinya. Dia cuma meminum susu khas setiap hari dan memakai lampin pakai buang,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Fawzy, Muhamad Kee memerlukan kira-kira RM1,000 untuk membeli susu khas, lampin pakai buang dan perbelanjaan berulang-alik ke hospital.

“Mana mungkin dia mampu menyediakan lebih RM1,000 sebulan kerana isterinya tidak beker­ja, manakala anaknya pula bekerja sendiri.

“Pihak kami membantu me­nyumbangkan barangan keperluan dapur dan wang tunai untuk Muhamad Kee,” katanya.

Mohd. Fawzy turut berterima kasih kepada Majlis Ugama Islam Pahang cawangan Lipis yang turut membantu meringankan beban lelaki itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd. Fawzy di talian 019-9288780 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Public Bank Kee Chow Hoe bernombor 6473960403.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI