fbpx

Sandara Park cuba 10 helai baju sebelum keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDARA PARK

MUNGKIN mempunyai masalah serupa dengan kebanyakan wanita lain, penyanyi Sandara Park juga selalu berdepan kesukaran memilih baju terbaik untuk dipakai sebelum keluar rumah.

Perkara tersebut terdedah kepada umum ketika rancangan I Live Alone menampilkan episod kemunculan Sandara baru-baru ini.

Dalam tayangan tersebut, Sandara atau Dara dilihat mencuba sehelai baju berwarna putih dan dipadankan dengan jeans hitam.

Selepas memadankan pakaian dipakainya dengan beberapa jenis topi, Dara masih belum berpuas hati dengan fesyen digayakannya.

Penyanyi bekas kumpulan 2NE1 itu mengakui dia sangat mementingkan penampilan sebelum keluar sama ada untuk bersiar-siar atau urusan kerja.

“Sekurang-kurangnya saya akan cuba sebanyak 10 jenis pakaian berbeza sebelum keluar rumah.

“Tetapi saya menyesal tak pilih baju yang sudah dipakai, jadi saya tangkap gambar dan muat naik dalam media sosial,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI