fbpx

Suspek, mangsa kes bunuh berkenalan melalui aplikasi gay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhrudin (kiri) ketika ditemui media di IPD Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Polis dalam proses mengenal pasti identiti mangsa kes bunuh yang dipercayai terjatuh tingkat 17 sebuah kondominium di Kelana Jaya, di sini pada 12 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, setakat ini, masih belum ada individu yang tampil bagi membantu pihaknya mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai warga asing.

“Kita mohon bantuan orang awam bagi mengenal pasti identiti mangsa memandangkan belum ada individu yang tampil memberi maklumat.

“Kita juga masih mengenal pasti motif kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan hasil siasatan, kedua-dua suspek terbabit mengenali mangsa menerusi satu aplikasi gay.

“Mangsa dipercayai sudah beberapa kali datang bertemu kedua-dua mereka di lokasi kejadian yang juga rumah suspek. Mangsa disyaki meninggal dunia sehari sebelum mayatnya dijumpai pengawal keselamatan kondominium tersebut dalam keadaan bogel,” katanya.

Terdahulu, polis menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 40-an yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh pada 12 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI