fbpx

Konsert Dewa 19 kembali ke Malaysia, himpun 4 vokalis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAT julung kali Dewa 19 membariskan kesemua vokalis handalan yang pernah bersamanya, Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan tunjang terkini, Ello di atas satu pentas menjelang konsert jelajah di Kuala Lumpur 10 September nanti.

PETALING JAYA – Kumpulan muzik terkenal Indonesia, Dewa 19 menebus janji kembali ke Malaysia dengan menghimpunkan empat vokalis lain, tidak terkecuali pengasasnya., Ahmad Dhani menerusi konsert jelajah. Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19 menjelang 10 September ini.

Untuk detik yang ditunggu-tunggu, Stadium Axiata Arena Kuala Lumpur dipilih sebagai gelanggang meraikan detik bersejarah persembahan band ikonik Indonesia itu bersempena sambutan ulang tahun penubuhan mereka yang ke-30 tahun.

Pengarah Eksekutif Icon Entertainment, Alfian Basir berkata sejarah bakal tercipta untuk peminat di sini apabila buat julung kali Dewa 19 membariskan empat vokalis iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan tunjang terkini, Ello di atas satu pentas.

“Kumpulan yang sudah memulakan konsert jelajah mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

“Jika kehadiran Ahmad Dhani sebagai penggerak Dewa 19 bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan tiga dekad band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus lain.

“Paling dinantikan juga buat pertama kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas yang pasti memberi 1001 impak tersendiri.

“Bayangkan Ari Lasso melantunkan lagu yang ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih Once Mekel dan disusuli pula perjuangan vokal magis mereka disambung pula Virzha serta terkini, Ello,” katanya.

Daripada slogan konsert yang ringkas tetapi padat, 30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu sudah dapat menggambarkan kehebatan konsert Dewa 19 kali ini.

Terdahulu, Ahmad Dhani pada sidang media di Kuala Lumpur Jun lalu berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert Dewa 19 selama ini akan disampaikan menjelang acar besar terseburt nanti.

Berkongsi perancangan ke arah konsert mega di Malaysia bersempena hari bersejarah Dewa 19, katanya penganjuran konsert tersebut adalah simbolik persaudaraan mereka sejak 35 tahun lalu.

Akui Dhani, selain merangka persembahan jelajah di 30 bandar di Indonesia yang bermula di Surabaya, Malaysia dan Singapura turut menjadi sebahagian daripada sejarah band tersebut.

Pada Februari 2019 Dhani sepatutnya menyertai band berkenaan mengadakan Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia di Stadium Malawati Shah Alam, namun posisinya terpaksa digantikan berikutan isu mahkamah.

Putera bongsu pemuzik tersebut, Dul Jaelani yang ketika itu baharu berusia 19 tahun mengambil alih tempat bapanya sebagai pemain keyboard disaksikan kira-kira 70,000 penonton.

Dewa 19 hakikatnya sudah mencecah 35 tahun kerana Dhani membentuk kumpulan itu pada tahun 1986 ketika usianya 15 tahun, tetapi hanya lima tahun kemudian mereka melancarkan album.

Tiket-tiket konsert berharga RM148 hingga RM488 dibuka untuk jualan bermula hari ini (18 Julai) pukul 11 pagi menerusi  TICKET2U.COM.MY. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI