fbpx

Jamal sedia lepas jawatan Bendahari BN Selangor kepada Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamalbersedia melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

SHAH ALAM – Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos bersedia melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata, jawatan yang disandang sejak 2019 itu meliputi pengurusan kewangan dan pendanaan parti komponen di 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, Tengku Zafrul merupakan pakar pengurusan kewangan yang memiliki latar belakang perbankan dan profesional ketika menjadi menteri.

“BN Selangor memerlukan individu berkarisma ‘heavyweight’ seperti beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang amat mencabar.”

“Saya menggesa kepimpinan BN negeri mempertimbangan cadangan ini untuk segera melantik Tengku Zafrul sebagai Bendahari selepas saya meletak jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jamal, kesediaannya melepaskan jawatan itu demi melihat Selangor memiliki pemimpin intelek, profesional dan berwibawa.

“Keputusan saya ini bagi memastikan Tengku Zafrul turut berada dalam barisan pucuk pimpinan tertinggi BN Selangor.

“Beliau diperlukan untuk bersama kepimpinan sedia ada yang diterajui Tan Sri Noh Omar selaku Pengerusinya,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Jamal turut mencadangkan Tengku Zafrul diangkat sebagai ‘poster boy’ BN di Selangor pada PRU15 selepas anggota Kabinet itu dilihat kerap turun padang menyantuni rakyat di Kuala Selangor.

Beliau menyifatkan BN memerlukan lebih ramai pemimpin muda, berkaliber dan diyakini rakyat yang mampu menawarkan perubahan luar biasa di negeri ini.

Tengku Zafrul dilihat lebih diterima oleh pimpinan dan akar umbi UMNO di Selangor berbanding bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo yang dianggap hanya memecahkan perpaduan UMNO negeri. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI