fbpx

Cuaca panas melampau ancam nyawa penduduk Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengambil gambar di bawah sinar matahari berhampiran Menara Elizabeth di Dewan Parlimen di London kelmarin. – AFP

LONDON – Pakar-pakar memberi amaran bahawa suhu tinggi yang diramalkan di Britain pada minggu ini berisiko mengakibatkan beribu-ribu penduduk meninggal dunia, lapor akhbar Metro UK kelmarin. 

Pejabat Meteorologi Britain mengeluarkan amaran merah pertama bagi cuaca panas melampau pada hari ini dan esok, selain memberi amaran bahawa ia akan merisikokan nyawa penduduk kerana suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius. 

Mesyuarat tergempar Bilik Taklimat Pejabat Kabinet (COBR) atau COBRA kali kedua telah diadakan kelmarin selepas Menteri Pejabat Kabinet, Kit Malthouse menggesa rakyat Britain untuk mengenal pasti penduduk yang lebih terdedah.

Pegawai-pegawai kesihatan bimbang bahawa penduduk yang tinggal di tingkat atas bangunan  menjadi paling berisiko seperti yang berlaku semasa gelombang panas di Paris, hampir 20 tahun lalu.

Ketua Eksekutif Pejabat Meteorologi Britain, Penny Endersby menyifatkan suhu panas melampau yang diramalkan itu sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sekolah ditutup pada hari ini dan esok, dengan para pelajar diberitahu bahawa suhu di kebanyakan bilik darjah tidak dapat dikekalkan pada tahap selamat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan kerana suhu terik boleh memanaskan lebuh raya dan landasan kereta api.

“Kami menjangkakan 1,500 hingga 2,000 kematian hanya ketika satu tempoh suhu panas ini,” kata Pengarah Dasar di Institut Penyelidikan Grantham mengenai Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Bob Ward.

Sementara itu, risiko kematian turut dipersetujui oleh Profesor Emeritus Statistik Gunaan di Universiti Terbuka, Profesor Kevin McConway. 

“Saya berpendapat dengan mengandaikan ramalan cuaca secara kasar, berkemungkinan besar terdapat ratusan atau ribuan kematian akibat suhu panas dalam beberapa hari akan datang,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI