fbpx

Klopp mula lancar ‘serangan halus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP mengakui Arsenal mampu menjadi pencabar utama Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan musim ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liver­pool, Jurgen Klopp percaya Arsenal tidak layak berada di kedudukan kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas dan percaya pasukan itu adalah pencabar utama yang berupaya untuk menghalang anak-anak buahnya untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini.

Skuad Liverpool yang menjuarai saingan liga buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun bakal membuat perhitungan dengan pasukan The Gunners bimbingan Mikel Arteta di Stadium Anfield pada awal pagi esok.

Kata Klopp, perebutan takhta liga musim ini sangat rancak dan ia bukan lagi melibatkan persaingan dua penjuru dengan Manchester City sahaja tetapi kehadiran Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Tottenham tidak boleh dipandang enteng.

“Pada saya Arsenal tidak layak berada di kedudukan kelapan musim lepas dan sepatutnya boleh melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara Eropah. Namun, mungkin disebabkan beberapa masalah dalaman di pertengahan musim keupayaan mereka telah terbatas.

“Selain itu, saingan dalam kancah EPL juga sangat dahsyat dan anda perlu konsisten sepanjang musim. Justeru, saya mahu pemain memberikan tumpuan penuh khususnya pada awal saingan liga ketika ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Klopp percaya anak-anak buahnya boleh membalas dendam terhadap pasukan Arsenal selepas terlebih dahulu tewas kepada jaguh dari London itu pada aksi perebutan trofi Perisai Komuniti bulan lalu.

“Kemenangan yang lepas mungkin boleh memberi keyakinan kepada mereka. Namun, ia tidak bermakna kami akan bermain sambil lewa kerana aksi kali ini adalah berbeza dan barisan pemain sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI