SAUDARA PENGARANG,
SAYA amat tertarik kepada usaha sesetengah institut pengajian tinggi (IPT) yang begitu mengambil berat mengenai nasib pelajar-pelajar terutamanya golongan B40.
Antara usaha yang harus dipuji ialah meringankan beban mahasiswa berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.
Ada IPT yang sanggup menanggung kos menyediakan makanan supaya pelajar dapat membeli pada harga murah ketika berbelanja di kafeteria.
Usaha itu amat besar ertinya pada pelajar terutama yang berasal daripada keluarga miskin.
Pelajar sudah tentu bergelut dengan kenaikan harga makanan yang tinggi ketika ini. Orang boleh cakap gunakanlah duit pinjaman untuk berbelanja tetapi mereka ada kalanya perlu berjimat untuk sesuatu yang lebih bermanfaat.
Saya rasa majikan perlu mencontohi perkara ini.
Bukan nilai yang dimahukan tetapi akan terbit rasa sayang pekerja terhadap syarikat sekiranya mereka dapati majikan membantu meringankan beban.
Ia tidak rugi tetapi akan membuatkan pekerja bekerja lebih keras.
Veteran Perang
Teluk Panglima Garang, Selangor