fbpx

Wanita tahan sabar kereta diconteng dua kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkongsi keadaan keretanya yang diconteng dalam kejadian berasingan

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian apabila keretanya diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab sebanyak dua kali, dalam kejadian berasingan pada Januari dan Julai tahun ini.

Menerusi video dikongsikan, wanita itu mendakwa, kejadian pertama adalah pada 23 Januari lalu sewaktu dia dan keluarganya makan bersama-sama di luar.

“Pergi makan dengan keluarga, letak kereta sederet dengan kereta abang dan kakak. Tapi kereta aku saja yang kena, bukan kerja orang gila ini aniaya.

“Tarikh 13 Julai 2022, kali kedua kau buat tempat dan waktu berbeza, terima kasih,” katanya menerusi video yang dimuat naik semalam.

Dalam keterangan video itu juga, wanita itu mengajak individu yang melakukannya supaya berbincang serta tidak melakukan perbuatan tersebut.

“Kalau benci sangat, boleh jumpa berbincang bukan rosakkan harta kenderaan orang mahu cari rezeki. Saya sabar, mungkin ini semua ujian,” luahnya.

Dalam pada itu, pengguna laman sosial turut mendoakan urusan wanita tersebut selain menyarankan supaya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Semoga dipermudahkan, apa pun buatlah laporan polis untuk keselamatan,” cadang seorang individu.

“Dulu aku pun pernah kena dan siasat punya siasat, rupanya yang buat itu teman wanita bekas suami. Cerita 10 tahun dululah,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI