fbpx

Kereta tersalah laluan, guna jejantas motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta jenis Perodua Bezza melalui jejantas motosikal

PETALING JAYA – Pemandu sebuah kereta jenis Perodua Bezza dikatakan tersalah laluan apabila memasuki jejantas motosikal dalam kejadian difahamkan berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Video kereta tersebut yang sedang melalui jejantas dimuat naik seorang pengguna media sosial serta mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

Di dalam video itu, kereta tersebut gagal melepasi selekoh jejantas dan pemandu cuba untuk mengundur kenderaannya ke belakang turun dari situ.

Seorang pengguna media sosial memberikan maklum balas, berkemungkinan pemandu tersebut ‘terlupa’ dia memandu kereta ketika hari kejadian.

“Dia lupa hari ini bawa kereta, selalu bawa motosikal,” ujar Mohd. Fauzi.

“Biasa bawa motosikal, hari ini lupa bawa kereta. Mahu jimat tol,” kata Saiful Nizam berseloroh. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI