fbpx

Payudara palsu bantu polis berkas pembunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNGAI Mga yang menjadi lokasi mayat seorang mak nyah ditemui pada Jun lepas. – REN TV

SAINT PETERSBURG, Rusia – Polis di bandar Saint Petersburg berjaya menyelesaikan misteri mayat tanpa kaki yang ditemui terapung di Sungai Mga, dekat daerah Leningrad pada Jun lepas.

Menurut portal berita Mail Online, mangsa dikenal pasti sebagai Dzamshud Khatamzhonov, 23, atau juga Tamara. Dia ialah seorang pekerja seks mak nyah berasal dari Uzbekistan.

Mayat mangsa yang kakinya dipotong ditemui seorang pelancong berusia 17 tahun ketika be­renang di Sungai Mga.

Polis sukar mengecam identiti mangsa ekoran keadaan fizikalnya seperti lelaki tetapi memiliki implan payu dara.

Identiti Khatamzhonov hanya disahkan apabila polis menjejaki nombor siri implan payu daranya.

Nombor siri itu membawa polis kepada syarikat Allergen di Dublin, Ireland. Syarikat itu menghasilkan produk bagi pembedahan plastik.

Polis turut mengenal pasti sebuah hospital di Rusia yang menjalankan pembedahan memasukkan implan payudara itu sekali gus membongkar identiti mangsa.

“Menerusi maklumat yang dikumpul polis juga berjaya mengesan pelanggan terakhir mangsa. Dia adalah pelakon dan penerbit berusia 52 tahun, Yuri Yanivsky.

“Khatamzhonov dipercayai hilang selepas pergi menemui Yanivsky di sebuah hotel sekitar Januari tahun ini,” kata jurucakap polis dalam satu laporan.

Yanivsky sewaktu ditahan polis dalam tangkapan yang dibuat baru-baru ini, memberitahu bahawa dia beberapa kali berhubungan dengan mangsa yang dikenalinya sebagai Tamara.

Suspek turut membuat pengakuan menikam Khatamzhonov sehingga mati sebelum mengerat badannya menggunakan gergaji.

“Suspek mengatakan dia berbuat demikian kerana bimbang diracun dan dirompak oleh ma­ngsa.

“Selepas mangsa dibunuh dan badannya dipotong, suspek membuang lebihan mayat mangsa ke Sungai Mga,” ujar detektif yang menyiasat kes itu.

Yanivsky berdepan kemungkinan dihukum penjara sehingga 15 tahun sekiranya dia didapati bersalah.

Selain kes bunuh, Yanivsky berdepan dengan pertuduhan memiliki senjata api secara haram dan dia turut didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah kumpulan penjenayah di bandar raya tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI