fbpx

Prebet Sapu menang Lakon Layar Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUZAMMER Rahman menjadi satu-satunya karyawan tempatan yang cemerlang pada Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 menerusi kategori Lakon Layar Terbaik.

KUALA LUMPUR – Karyawan tanah air tidak hanya berputih mata pada penganjuran Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 apabila naskhah Prebet Satu yang dipertandingkan berjaya meraih anugerah Lakon Layar Terbaik dimenangi oleh Muzammer Rahman.

Hasrat untuk melihat seorang lagi bakat tempatan naik ke pentas menerima trofi bagaimanapun tidak kesampaian apabila aktor berbakar besar, Amerul Affendi tewas di tangan dua pelakon kanak-kanak dari India, Arif Shaikh, 10, dan Asik Shaik, 9, sekaligus mencipta sejarah sebagai aktor termuda merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik di pentas MGGA.

Berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi, Arif dan Asik dinobatkan sebagai pemenang kategori tersebut menerusi sebuah filem arahan sutradara, Prasun Chatterjee berjudul Two Friends yang mengangkat kisah persahabatan.

Dalam pada itu, bagi kategori utama iaitu Filem Terbaik diungguli karya usaha sama Iran dan Afghanistan berjudul Drowning in Holy Water.

Filem bertajuk Full Time dari Perancis pula pulang bergaya dengan dua trofi iaitu Pengarah Terbaik (Eric Gravel) dan Pelakon Wanita Terbaik (Laure Calamy).

Bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Afia Jahin Jaima menerusi filem kerjasama Bangladesh dan Singapura, Rehana.

Trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula dianugerahkan kepada Kim Hyu-Bin hasil lakonan memukau dalam filem The Silent Forest.

Sementara itu, filem kerjasama Perancis dan Kemboja, White Building memenangi anugerah Harapan Baharu dan karya The Story of Southern Island membawa pulang anugerah Pilihan Penonton.

Bagi kategori teknikal, Sinematografi Terbaik dimenangi Lim Teck Siang menerusi filem usaha sama Filipina dan Singapura, Whether the Weather is Fine.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada pengarah filem dari Taiwan, Hou Hsiao-Hsein dan penerbit dari Korea, Kim Dong-Ho.

Dikendalikan Elaine Daly dan Hansen Lee, acara tersebut dianjurkan selepas dua tahun tertangguh berikutan penularan pandemik Covid-19.

Turut hadir sebagai penyampai anugerah ialah Khabir Bhatia, Puan Sri Tiara Jacquelina dan U-Wei Shaari, manakala penyanyi popular, Ning Baizura dijemput memberikan persembahan istimewa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI