fbpx

KL City sekadar seri, Selangor terus garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang KL City, Romel Morales cuba melepasi halangan pemain PJ City dalam aksi Liga Super yang berakhir tanpa jaringan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. Pic FB KL City

HASRAT Kuala Lumpur City untuk bangkit daripada kekecewaan Piala FA tidak kesampaian selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Petaling Jaya City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ketiadaan pemain penting seperti Paulo Josue dan Akram Mahinan di barisan tengah jelas menjejaskan permainan KL City hingga memaksa pengendalinya memperkenalkan beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden.

Walaupun PJ City berjaya memberikan saingan hebat, The City Boys sebenarnya wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik khususnya menerusi pemain baharu, Jordan Mintah.

Ketiadaan Josue di jentera tengah sedikit mengurangkan sengat KL City hingga memaksa dua penyerangnya, Romel Morales dan Mintah terpaksa turun lebih ke bawah untuk mengutip bola.

Daripada segi peluang sepanjang babak pertama, ia lebih berpihak kepada pelawat namun sekali lagi digagalkan oleh sentuhan terakhir dan halangan dilakukan pertahanan KL City.

Minit ke-32, salah faham antara Irfan Zakaria dan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza hampir mengundang padah buat KL City sebaliknya seorang lagi pertahanan, Giancarlo Galifuoco bertindak pantas mengeluarkan bola daripada melintasi garisan gol.

Sepuluh minit selepas aksi bersambung, KL City hampir berada di depan sebaliknya rembatan jarak dekat Mintah sekadar singgah di sisi jaring gawang lawan.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor bijak mengambil kesempatan ke atas Penang FC yang beraksi 10 pemain apabila berjaya memastikan kemenangan 2-0.

Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Shahrel Fikri Md Fauzi akhirnya menceriakan penyokong tuan rumah dengan meledak gol pertama pada minit ke-73 diikuti jaringan kedua menerusi pemain gantian, Syahir Bashah, minit ke-79.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI