fbpx

Melaka beri ‘lampu hijau’ usahakan tanah terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (kanan) merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka 2022 Bertemakan Pertanian Pemangkin Ekonomi Keluarga Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.

MELAKA – Warga petani di negeri ini digalakkan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar di seluruh Melaka bagi meningkatkan pengeluaran bekalan makanan negara.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pihaknya menyeru semua warga tani untuk mengambil langkah proaktif termasuk mengusahakan tanah terbiar milik persendirian, kerajaan dan swasta.

Katanya, kerajaan negeri juga menggalakkan penggunaan aplikasi teknologi-teknologi pertanian moden selari dengan dasar kerajaan ke arah Revolusi Industri (IR 4.0) bagi sektor pertanian.

“Melalui cara ini, produktiviti pengeluaran hasil pertanian projek sedia ada dapat ditingkatkan selain dapat mengurangkan kos pengeluaran dalam jangka masa panjang.

“Merentasi 108 sungai sepanjang 673 kilometer (km) dan jarak pesisir pantai sepanjang 120.5 km di negeri ini, marilah kita bersama-sama menjalankan projek pertanian sebaiknya dengan mengusahakan semua tanah terbiar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka 2022 Bertemakan Pertanian Pemangkin Ekonomi Keluarga Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Laporan Sosioekonomi Negeri Melaka Tahun 2020 turut mencatatkan kadar peningkatan dalam sektor pertanian sebanyak RM4.6 bilion.

“Jumlah itu telah menyumbang sebanyak 11.6 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri.

“Lebih membanggakan, sektor ini juga telah menjadi satu-satunya sektor mencatatkan kadar pertumbuhan positif berbanding sektor lain sebanyak 3.7 peratus pada tahun 2020 iaitu saat negara dilanda gelombang Covid-19,” katanya.

Katanya, rekod itu juga telah mengangkat Melaka di kedudukan pertama yang mencatatkan pertumbuhan positif tertinggi bagi sektor pertanian diikuti oleh Johor sebanyak 3.1 peratus, Pahang 1.6 peratus dan Negeri Perak 1.4 peratus.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI