fbpx

Artis dan media saling memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO temu bual Noh Salleh tular dalam media sosial selepas netizen menyokong tindakan penyanyi itu membidas wartawan yang bertanyakan tentang kisah peribadinya.

MINGGU ini sekali lagi nama wartawan menjadi sebutan ramai terutama selepas video Noh Salleh tular dalam media sosial.

Kata mereka, wartawan ‘koyak’ apabila dibidas Noh yang mengatakan pengamal media sering mensensasikan cerita tentang kehidupan peribadi artis berbanding kerjaya.

Sejak dari itu, ramailah yang menghentam pihak media termasuk ‘mengajar’ bagaimana cara kerja dan penulisan yang sepatutnya.

Bagi Diva, perkara sebegini sudah sering berlaku dan rasanya tak perlu nak diperbesar-besarkan sehingga memburuk-burukkan kerjaya orang lain sebab media dan selebriti sememangnya saling memerlukan.

Wartawan mahupun selebriti, masing-masing tahu tanggungjawab dan kerja mereka. Bukan sekali perkara sebegini berlaku, cuma situasi yang berbeza.

Jika hendak bercakap tentang artikel kerjaya selebriti, setiap hari ada diterbitkan, namun realitinya kurang mendapat perhatian berbanding cerita gosip.

Jadi, tak perlu keruhkan lagi keadaan. Buat golongan selebriti, jadilah contoh yang baik untuk masyarakat kerana setiap apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan para peminat.

DIVA: Tidak perlu pun menghina kerjaya orang lain, setiap kerja ada baik dan buruknya. Sama-sama mencari rezeki, kan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI