KETIKA ramai memberi tumpuan penuh terhadap kisah rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, ada yang kembali memunggah semula kisah peribadi artis lain yang pernah melalui situasi sama.
Antara nama yang dipetik ramai pastinya pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz yang pernah melalui pengalaman rumah tangga diduga dengan pelbagai perkara kurang enak.
Bagi netizen khususnya kaum wanita, mereka melihat Bella sebagai wanita tabah dan menjadi contoh untuk isteri yang sentiasa memperjuangkan rumah tangga terutama ketika dilanda badai.
“Semangat Bella kuat, wanita hebat,” puji netizen.
“Inilah yang dikatakan definisi sebenar jodoh itu rahsia Allah,” komen seorang pengguna TikTok.
Semangat dan cinta yang dimiliki Bella ternyata sangat kuat. Sama juga dengan Aliff, sehingga rumah tangga mereka kembali bahagia dan menjadi contoh buat pasangan lain.
Mungkin selepas ini Bella boleh kongsi lebih banyak tentang tip rumah tangga bahagia dengan orang ramai ?
DIVA: Mesti tertekan jadi Meerqeen, terlalu digilai peminat sampaikan ada yang berkelakuan aneh-aneh.