fbpx

Amira Othman minta dikurnia jodoh terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STATUS Amira sentiasa menjadi tanda tanya peminat tetapi dia sering menjawab dengan mengharapkan doa daripada semua agar dirinya dipertemukan jodoh terbaik suatu hari nanti.

EMPUNYA badan sepertinya sudah bersedia tetapi calon suami masih belum ditemui.

Mungkin itu yang hendak disampaikan Amira Othman dalam sebuah video TikToknya baru-baru ini dengan memberitahu dia sangat sukakan kanak-kanak dan meminta orang ramai mendoakan jodohnya.

“Saya sangat sukakan kanak-kanak. Semoga Nadia Amira Othman dikurniakan jodoh pada waktu terbaik yang Allah SWT sudah aturkan.

“Semoga saya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Tolong aminkan ya,” tulisnya.

Nampaknya pelantun lagu Hati-Hati itu seperti sudah bersedia bergelar isteri, namun sama seperti wanita lain, dia juga mengimpikan seorang suami yang benar-benar terbaik untuk dirinya.

Sama-sama kita doakan impian Amira ditemukan jodoh termakbul.

DIVA: Masih tercari jawapan tentang jejaka yang berjaya mencuri hati kawan baik Amira iaitu Wany Hasrita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI