fbpx

PlantBio Research sasar jualan RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THIAN NIP (kanan) bergambar bersama duta produk LuCol-S, Maria Farida pada majlis pelancaran dan pengenalan duta produk di Cyberjaya.

CYBERJAYA – PlantBio Research Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk minuman kolagen berjenama LuCol-S (Special) mengunjurkan perolehan jualan sebanyak RM3 juta menjelang suku pertama tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ooi Thean Nip berkata, pihaknya optimis mampu mencapai sasaran ditetapkan berdasarkan permintaan tinggi pasaran tempatan dan luar negara khususnya di Hong Kong.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi digital dengan memasarkan produk tersebut di platform e-dagang terkemuka seperti ­Shopee dan Lazada selepas mengambil kira impak pandemik Covid-19 terhadap perniagaan.

“Bagi tahun ini yang berbaki tiga bulan lagi, kami meletakkan sasaran jualan sebanyak 3,000 kotak melibatkan nilai jualan kira-kira RM600,000 menje­lang akhir Disember depan.

“Kami optimis angka ini akan meningkat kepada RM3 juta untuk tiga bulan seterusnya iaitu Januari hingga Mac 2021 selepas produk ini menembusi pasaran Hong Kong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran LuCol-S dan pengenalan duta produk di Cyberjaya baru-baru ini.

LuCol-S dijual pada harga RM198 sekotak.

Pada majlis itu, pelakon terkemuka tanah air, Datin Seri Maria Farida, 51, diperkenalkan sebagai duta produk LuCol-S selepas dilantik secara rasmi sejak hujung Julai lalu.

Sementara itu, Thian Nip berkata, pelantikan Maria Farida sebagai duta produk menepati golongan sasaran untuk pasaran tempatan.

Katanya, sebelum dipasarkan, LuCol-S telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama setahun bagi memastikan formulasinya lebih baik berbanding produk generasi pertama yang dikeluarkan pada tahun 2015.

“Generasi pertama yang dikenali sebagai LuCol dikeluarkan kira-kira lima tahun lalu dan jenama ini sudah memiliki pelanggan di banyak negara antaranya United Kingdom, Ireland, Macau, Hong Kong dan China.

“Formulasi kandungan kolagen marin yang ditambah baik ini diharap dapat mengembalikan minat pengguna sedia ada selain menarik pelanggan baharu,” katanya.

Produk LuCol-S dijual pada harga RM198 sekotak yang mengandungi 20 peket.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI