fbpx

Lantik Senator dalam kalangan belia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menyerahkan replika cek bernilai RM5.5 juta kepada Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid pada Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, hari ini.

TUARAN – Kerajaan akan melantik seorang Senator dalam kalangan belia bagi mendengar pandangan dan suara golongan berkenaan dalam pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan berkenaan adalah sejajar dengan pengiktirafan kerajaan ke atas sumbangan golongan belia.

“Pandangan belia pastinya dihargai kerajaan kerana golongan ini merupakan kumpulan pelapis kepimpinan masa hadapan negara.

“Oleh itu, saya umumkan untuk melantik seorang Senator bagi mewakili belia di Dewan Negara agar suara serta pandangan belia turut akan diambil kira.

“Saya percaya dengan adanya wakil belia di Dewan Negara, suara belia akan kita dengari secara terus dari wakil belia kerana masa depan negara bergantung kepada warga belia,” katanya ketika melancarkan sambutan Hari Belia Negara 2022 peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk dikongsikan bersama pertubuhan belia lain untuk melaksanakan aktiviti masing-masing.

“Banyak lagi program yang diatur dan dirancang termasuk kempen-kempen dan pelbagai program lain.

“Saya dimaklumkan dari segi pentadbiran sudah diberikan peruntukan sebanyak RM1 juta tapi untuk aktiviti termasuk pertubuhan belia lain di bawah MBM tiada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI