fbpx

MySejahtera berwajah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaludin.

PETALING JAYA – MySejahtera kini berwajah baharu dengan beberapa ciri baharu yang dapat membantu memantau dan melihat maklumat kesihatan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter sebentar tadi.

Aplikasi MySejahtera berwajah baru dengan beberapa ciri diperkenalkan untuk membantu orang ramai memantau maklumat kesihatan.

“MySejahtera kini berwajah baharu dengan ciri-ciri baharu yang dapat membantu kita pantau dan lihat maklumat kesihatan.

“Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera. Kemas kini aplikasi anda mulai hari ini untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini,” ciapnya di Twitter hari ini.

Turut akan diperkenalkan menerusi kemas kini terbaharu ialah rekod perdermaan darah dan buku pemeriksaan kehamilan atau buku ‘pink’ secara digital. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI